KELAB GURU & AKP SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAD DATU 111
1 : NAMA DAN ALAMAT
a. Nama kelab : Kelab Guru & Anggota Kumpulan Pelaksana (KGASKLDIII)
b. Alamat : Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III, Peti Surat 61087,91120 Lahad Datu.
2: MATLAMAT
Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di sekolah lebih kondusif dan produktif
3 : TUJUAN-TUJUAN KELAB
3.1 Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guruguru dan staf sokongan dengan syarat tiada 'faedah' sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen2 Akta Pertubuhan 1966 boleh diberikan kepada ahli-ahli atau tanggungan ahli.
3.2 Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan guru-guru dan staf sokongan
3.3 Untuk membolehkan guru-guru dan staf sokongan berinteraksi dalam suasana sosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan
3.4 Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif
4: FUNGSI KELAB
4.1 Fungsi kelab adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan kelab yang dinyatakan dalam perkara 3, seperti :
4.1.1 Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan staf sokongan serta menjaga kebajikan mereka
4.1.2 Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara guru-guru dan staf sokongan serta sekolah.
5: KEAHLIAN
5.1 Terbuka kepada semua guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III.
5.2 Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik
5.3 Sekiranya ahli berpindah atau meninggal dunia, keahlian akan terlucut.
5.4 Guru Besar merupakan Ahli Kehormat Kelab merangkap penasihat kelab, yang juga wajib membayar yuran tetapi tidak boleh mengundi dan menjawat jawatan dalam Organisasi Kelab.
5.5 Ahli-ahli akan hilang kelayakan sebagai ahli jika,
5.5.1 Memohon untuk tidak menjadi ahli (dengan persetujuan guru besar).
5.5.2 Sekiranya semua AJK tertinggi kelab mendapati ahli tersebut wajar dilucutkan keahlian dengan nasihat Guru Besar.
AHLI JAWATANKUASA