LATAR BELAKANG & SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III ditubuhkan pada 10 Jun
1991. Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 9.2 ekar di Jalan
Pelabuhan Baru Lahad Datu. Penubuhan SK Lahad Datu III
bertujuan untuk menampung kesesakan murid di SK Pekan. Pegawai Pendidikan Daerah ketika itu, En. Mohd Yusuf Hj. Khamis telah mengarahkan agar guru dan murid dibahagikan
sama rata kepada kedua-dua buah sekolah. Pada awalnya, SK Lahad Datu III menumpang di SK Pekan sementara
menunggu bangunan sekolah siap dibina. Kedua-dua buah
sekolah menggunakan bangunan yang sama dengan
penetapan SK Pekan bersekolah sesi pagi manakala SK
Lahad Datu III bersekolah sesi petang.
Guru besar yang pertama SK Lahad Datu III ialah Encik Mohd
Yusof Bin Hj. Ahmad Kepala. Pembinaan sekolah bermula
pada tahun 1994 dan siap sepenuhnya pada akhir tahun
1996. Pada tahun 1997, sekolah ini telah berpindah ke
bangunan baru di lokasi sekarang ini. SK Lahad Datu III terdiri
daripada 3 blok bangunan iaitu blok A, blok B dan blok C. Selain itu, terdapat juga blok kantin dan 2 buah flat guru. Pada awal pengoperasian sekolah, bilangan murid seramai
830 orang dengan 24 buah kelas, 12 kelas sesi pagi dan 12
kelas sesi petang. Bilangan guru seramai 45 orang dan 3
orang staf sokongan. Meski pun menghadapi masalah
kekurangan kemudahan seperti kerusi, meja dan kemudahan
lain, namun pengajaran dan pembelajaran tetap
dilaksanakan.
Pada tahun 2002 sebuah makmal komputer telah didirikan
dan mula beroperasi pada 21 Oktober 2003. Dua buah kelas
prasekolah telah dibuka pada tahun 2005 dengan
menumpang dibangunan blok A. Pada tahun 2007, sebuah
kelas prasekolah telah dibina. Pembinaan ini menjadikan 3
kelas prasekolah beroperasi pada tahun 2008. Dalam usaha
memastikan agar murid-murid didedahkan dengan
pengetahuan agama, En. Alimin Sarip selaku guru besar SK
Lahad Datu III bersama guru-guru dan PIBG mengambil
inisiatif menganjurkan jogathon, bertujuan untuk
mengumpulkan dana bagi membina surau sekolah. Berkat
kesungguhan dan usaha gigih semua pihak akhirnya, Surau
An-Nur berjaya dibina pada tahun 2018. Kini, SK Lahad Datu
III merupakan sekolah ketiga terbesar di daerah Lahad Datu.
Berikut adalah senarai guru besar yang telah berkkhidmat
di sekolah ini :-
1. En. Mohd. Yusof Bin Hj Ahmad Kepala (1991 - 1993)
2. En. Kison Bin Saihie (1994 - 1995)
3. Pn. Aminah Binti Hj. Ahmad (1996 - 1997)
4. Pn. Noriati Binti Hj. Abd. Kadir (1998 - 2003)
5. Pn. Hjh. Samirah Binti Hj. Mobin (2004 - 2009)
6. En. Talib Bin Hj. Kaning (2010 - 2015)
7. En. Alimin Bin Sarip (2016 - 2020)
8. Dr Rosdah Herawaty Binti Hamid (2021-terkini)